Wednesday, August 10, 2016

Boleh mohon passport online!

cara mohon passport online

Whooaaa ini berita baik! maklumlah sekarang kerja bukan senang nak uruskan passport cara biasa di Jabatan Imigresen semata-mata nak buat permohonan passport ataupun pembaharuan (renew) passport. Dengarnya ada yang kena beratur panjang semata-mata nak amik nombor giliran, tu pun ade yang terpaksa gigit jari bila nombor giliran habis .Ataupun boleh uruskan di UTC.. tu pun kalau tidak penat bekerja di siang hari. Untuk itu, sejajar dengan permasalahan ini, Jabatan imigresen akan melaksanakan sistem permohonan dan pembaharuan passport atas talian (secara online) seawal September 2016 ini. 

Dengarnya akan dilakukan 100 peratus atas talian. Ini mendatangkan kesenangan kepada ramai pihak. Cara-cara permohonan passport online nanti kita akan pelajari sama-sama ok? sebabnya ayu pun nak buat jugak. Namun dah kerja pagi petang, hujung minggu pulak nak rehat..hurmmm memang tak laaa... ni dah ada alternatif baru boleh mohon passport secara online secara tidak langsung menyelesaikan permasalahan buat saya. I'm so happy to hear this news! Tak yah penat beratur, cuma click di hujung jari. Oh ya, dengar-dengar pembaharuan kad bank maybank pun boleh mohon secara online juga kan. Nak mohon kad bank maybank secara online juga. Betulke kad bank maybank boleh customized?  Oh seronoknya ada pembaharuan servis sebegini.. Tak gitu?


No comments:

Post a Comment