Saturday, June 29, 2013

5 Gambar pelamin cantik tema putih untuk bride to be yang gorjess!!

Pejam celik pejam celik, jun pun dah menutup tirainya..tak lama lagi bulan julai, bulan ramadhan menyusul.. dan pastinya selepas raya nanti ramai yang nak mendirikan masjid. Buat tunangan orang, pastinya sibuk nak memilih idea pelamin idaman hati. nak tema kaler ape..Malam ni ayu bawakan 5 gambar pilihan pelamin tema putih dan bunga putih untuk anda, bakal pengantin yang gorjes semua..Maybe anda akan mendapat inspirasi untuk hari bersejarah anda nanti k? :) owh sangat cantik u'olls

pelamin liyana jasmay
nak pelamin tema putih terkois seperti Liyana Jasmay? cantik gakk..nicely done.

pelamin artis inspirasi perkahwinan
Ini pulak pelamin ilham gaya pelamin Jehan Miskin. love it so much..
so simple,, and cantik..

pelamin putih marion counter
walau bagaimanapun, Pelamin Marion Counter juga tetap menjadi pujaan hatiku.
cantik! sooo feminine and gorjes untuk anda yang menjadi raja sehari nanti.

pelamin putih Yana Samsudin 

pelamin cantik tema putih purple
this one also simple.. pic courtesy Ministry of Moment.

pelamin putih cantik 2013
Yang ni pun simple...love the combination colour yang dimainkan menyebabkan ruang ini namapak cantik sangat... so inginkan idea pelamin yang lain? anda boleh rujuk gambar idea pelamin cantik sini ok..


P/s: pengantin sila jangan buat  perkara ini..no no no!

Friday, June 28, 2013

Dress cantik murah malaysia 2014!!

Dress Princess Syarini ini boleh dikenakan pada majlis makan malam dan majlis yang grand gitu. Malah dress ini cantik digayakan untuk majlis bertunang, majlis dinner company, malah kenduri sanak saudara dan kawan-kawan tau! simple dan beautiful Limpahan manik pada bahagian dada dan lengan amat menarik dan mencantikkan gaya si pemakai. Pelbagai warna boleh menjadi pilihan dan silalah menjenguk page Iprincess Boutique.  JOm kita lihat pilihan design dress muslimah yang lawa-lawa ni..


2014 dress muslimah online malaysia cantik









memang meletop kalau pakai dress di atas ni :)

p/s; sila menjenguk page Iprincess Boutique untuk tempah pelbagai jenis baju kurung, baju peplum, jubah cotton, jubah abaya, peplum top dan lace top..Sila inbox jika anda adalah serious buyer..thank you..

Jum tengok Dress Chiffony Lace New arrival kat sini..cantik tau! atau berminat dengan koleksi Jubah denim atau dress denim terkini? Peplum top  atau peplum top trendy ini pun menarik perhatian serta Kurung lace Scha Al-yahya ini pasti memikat sang arjuna!


Kalau berminat sila:
wechat : pinkbubblegum
whatapps: +60109720158 ok? :)

till then, xoxo ~



Thursday, June 27, 2013

DRB Hicom | CPUV Nuffnang ke 6



Alahai...bagai pungguk rindukan bulan...itulah hubungan ayu dengan Nuffnang sekarang ni.. haha lama dah Nuffnang tak singgah melekat-lekat di dinding blog kesayangan. Malu-malu yer? aii..kalau dah lekat tu..biar le lama-lama khennn..eh eh mengharapkan iklan DRB Hicom CPUV Nuffnang ke 6 masyukkk dan lekat lama..maklumlah lama dah tak menempel. sadis sungguh!  baru terdetik hati nak check account Nuffnang. ok ayu nak kongsikan tips dapat buffered earning Nuffnang dengan mudah  iaitu "jangan selalu nak check earning blog kat account Nuffnang tu" selagi kita mengharap selagi tu lha iklan tak ada, buffered earning tak juga muncul-muncul. Time kita jarang check, update blog dengan happynya tanpa mengharapkan imbalan daripada blog...nahhh tiba-tiba Buffered earning muncul membelek dada blog. so tetapkan balik niat berblog, hati kena ikhlas..ye ye je tips dapat earning dengan berblog ni hehe..till then,, xoxo publish!

feeling-feeling Istanbul aku datang jap.. Lissa surihani la sangat! he

Tuesday, June 25, 2013

Pentingnya Interpersonal skills untuk anak-anak : Parents do take note!

ok, walaupun ayu belum ada anak, i think i need to share perkara yang penting yang mungkin para ibu bapa telepas pandang untuk perkembangan sosial yang baik untuk anak-anak. Selalunya ibu bapa sangat menekankan untuk anak-anak belajar supaya pandai namun ada sesetengah ibu bapa lupa bahawa penglibatan anak-anak dalam kegiatan ko-kurikulum juga penting, agar perkembangan intelektual dan perkembangan sosial anak-anak seimbang. betapa pentingnya anak-anak terlibat dengan aktiviti kelab, permainan dan persatuan khasnya. Why did I say so? 

Personally, ayu rasa anak-anak yang sejak kecil dah terlibat dengan kelab dan persatuan yang aktif khasnya pengakap, selalunya mempunyai personality yang ceria, pandai bergaul dengan rakan, mempunyai daya kepimpinan yang tinggi, best organizer, interpersonal skills yang mantap, berani menyuarakan (express) their thoughts berbanding pelajar yang kurang melibatkan diri dengan kegiatan aktiviti kelab dan persatuan, yang selalunya pendiam, bersifat introvert dan kurang berani untuk expose themselves to others. And guess what? i do adore pelajar yang hebat dalam interpersonal skills sebab mereka sangat yakin kepada dirinya sendiri. Frankly speaking, i love that quality in students. 

So para ibu bapa jangan tidak ambil peduli tentang perkembangan sosial anak anak, not in bad ways, tapi fikirkan in positive ways. sangat penting untuk mereka di zaman bekerja kelak. I have one student, excellent student tapi lemah dalam interpersonal skills. ayu pernah terfikir how would he manage to face dunia luar lepas habis sekolah, dengan nak interviewnya, dengan sangat susah untuk dia express his thoughts.padahal ayu tahu dia sangat pandai but his mouth just like been zipped out can't exlain answers macam dalam his test paper. Rupanya her mom pun worried about him soooo much. I do salute with his mom yang sentiasa mendukung and support in helping to develops her son's interpersonal skills.  So that is why betapa pentingnya interpersonal skills yang perlu ditekankan sejak kecil lagi. Tetapi buat ibu bapa yang mempunyai masalah sebegini, don't worry much. Maybe it takes time for them untuk berani bersosial dengan masyarakat, dan percayalah keadaan akan mendesak mereka untuk berani berkomunikasi dengan orang luar. Believes the miracle, there is magical. 


Goodnite! 

Sunday, June 23, 2013

Jadual imsak dan berbuka bagi negeri di Malaysia 1434H/ 2013


Bulan berganti bulan, hari bersilih ganti, Ramadhan semakin menghampiri bulan yang mulia bagi umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini memberi erti buat kita semua. Jum ayu kongsikan Jadual imsak dan berbuka bagi negeri-negeri di Malaysia bagi tahun 2013 bersamaan 1434 Hijrah.



Selamat menunaikan ibadah puasa..selamat beribadah, semoga bertemu lailatul qadar..amiin. Terasa awal la pulak tapi, tak lama lagi oo... hehe :)

sumber: Ben ashaari




Thursday, June 20, 2013

K-Palette Limited Edition Eyeliner : Makeup Queen do take note!

lama tak review tentang beauty products.. maklumlah kemalasan melanda, keluar rumah pun makeup natural je..mungkin faktor usia kot, tak suka lagi pakai foundation tebal and bare skin, naked face konon...rahsianya? sila baca entri ini.. tapi lau tang mata ayu memang tak boleh skip, eyeliner and mascara. ok, ada satu product eyeliner yang menarik perhatian sekarang ni..sangat in! K-Palette Limited Edition Eyeliner..Japan top-selling liquid eyeliner!! for your information, K-Palette Eyeliner ni belum ada di pasaran lagi, the products is sooo limited to lucky makeup queen out there. nice kan. so antara produk yang menarik perhatian ayu adalah yang tiga ni..

 
K-Palette's Limited edition Real Lasting Eyeliner. sangat colourful, cute, ada fresh vibe kan packaging uuntuk yang nih.. apa yang menarik adalah packaging dia yang cukup comel dengan warna pastel sesuai sangat untuk gadis-gadis comel seperti anda. yang best is dia super black! 

 K-Palette's Limited edition Real Lasting Eyeliner ni yang best is dia super black! you'll look sexy with it!
i love this. K-Palette's 1 Day Lash Perm Mascara. wow, love love it to the max.
tak yah la nak pakai kepit bulu mata la bagai..let's get lash perm bebeh!

p/s: ni ha...ayu sediakan liquid eyeliner tutorial untuk korang,, feel the sexy in you..

sumber: pinterest


sounds tempting kan? i pun nak jugak..untuk keterangan dan lebih banyak pilihan products boleh jenguk page K-Palette Malaysia Page..ye,,.jom singgah jom!



Wednesday, June 19, 2013

JOm tempah header murah dan cantik!!

Hello wello...baru nak update belog. Perasan tak header blog pinkbubblegumprincess.blogspot.com dah berubah?? tapi tema tetap maintain, kaler pun still warna peveret ayu, putih pink! love it to the max :D  actually ayu tempah header murah je dengan yesty yusra, seorang graphic designer..memang mainan hari-hari  dialah photoshop..hari-hari design logo utk company..so nak buat header blog ni kacang je untuk dia, sebut je apa korang suka, warna, tema, then tadaaaaa siap! header blog haritu pun dia buatkan, sukkaaa!!.dah selalu dah tempah header blog dengan dia.. contoh header blog pinkbubblegumprincess yang dia dah buatkan...

i love this one so much!!

simple and still cute...rasa kawaii hehe

i love this..memang citaasaku! ekeke

nice kan?? untuk pengetahuan tempahan header blog yang dia caj hanyalah rm5 je tau!! gile murah kan? and pasti boleh dipercayai..tak tipu punyaa..ramai jugak yang dah tempah header blog dengan dia, so apa tunggu lagi?..nak tempah header blog murah senang je, email je Yesty kat sini.. [email].

Ayu pasti belog anda cantik tertarik dan memang the bomb! hehe

update!! selain tempahan header blog, anda juga boleh tempah design namecard, logo serta watermark untuk kedai online (ini khas buat yang ada online shop atau blogshop ya :)) sebab ayu pun ada order untuk design watermark bagi online shop ayu hehe iprincess boutique. puas hati sebab memenuhi kehendak dan citarasa ayu. contoh watermark yang ayu tempah seperti berikut:




ini versi hitam, boleh minta watermark tansparent juga seperti ini ok..

lawa kan? love it.. thank you so much

oh ya, korang boleh inform rekaan desgin yang awak nak, pasti designer ini boleh buat untuk korang! 
selamat menempah!! 







Sunday, June 16, 2013

Lesen memandu baru mula diguna pakai 15 Julai 2013

gambar lesen memandu baru

Tiada lagi lesen memandu berlaminate!! yeay! nampaknya lesen memandu yang baru kelihatan agak colourful..nampak oren lah mak ngah.. Lesen memandu baru 2013 ini mempunyai ciri tahan dan tidak mudah rosak seperti lesen memandu yang lama, dan mempunyai ciri keselamatan serta tidak mudah dipalsukan. Untuk pengetahuan, lesen memandu yang lama tidak pernah dinaik taraf dan diperbaharui sejak tahun 1989 lagi. Jom tengok gambar lesen memandu baru yang akan mula diguna pakai 15 Julai 2013 ni nanti, siapa yang rasa nak tukar, ahhhh dipersilakannn..

gambar lesen memandu baru 2013

p/s: comey doh....lau rasa muka kat lesen memandu beberapa tahun lalu tak berapa nak comey, 
bertukarklahh...:DD

pic source: www.cbt.com.my

Saturday, June 15, 2013

Saps semakan markah ditutup sementara: Biar betul?

SAPS semakan markah

Saps.. oh SAPS...Pastinya guru-guru busy dengan hal nak kemaskini markah pelajar dalam sistem SAPS semakan markah tapi tergendala kan..balik-balik check dan try nak buka page or website tak boleh. Makanya kerja tertangguh. Rupa-rupanya  laman SAPS nkra ditutup buat sementara kepada pengguna sehingga 30 Jun 2013. Hampeh tul! Pening sungguh gara-gara Saps semakan lah pagi Jumaat yang indah ini, ayu jadi kelam kabut sebab kena bagi lembaran markah pelajar pada Guru Tingkatan..Terpaksa buat cepat sebab minggu depan dah Hari Akademik jumpa mak bapak budak bincang prestasi pelajaran murid. Seronok SAPS buli ayu...grrr.. padan muka gue sebab tak kira markah awal..terkejar sana terkejar sini dengan nak pergi latihan koir lagi..ah amikk kau! (ehh ikut koir guru la pulak.. :p)..So, hujung minggu kerja overtime daa..kena buat analisis peperiksaan secara manual bagi menetukan kedudukan pelajar dalam kelas dan kena kena masuk markah dalam buku laporan..So nak jadi guru kena kuat fizikal and mental..kadang-kadang kerja 'ad-hock' anda kena pandai tangani stress sendiri kalau tidak..sakit ooo..cepat kena demam hehe..Sabar sajalah SAPS tergendala sementara waktu..

usah merungut, lakukan kerja dengan ikhlas nescaya jiwa tenang
poket pun masyukkk...amiin.

saya yang menurut perintah.



Friday, June 14, 2013

Suami isteri disaran gaduh!! eh kenapa pulak?

tips rumah tangga bahagia

Gaduh, jangan tak gaduh! hihi kelakar jugak tengok keratan newspaper ni..ntah bila ayu save gambar ni,, but it's a really nice article. Adakah ini salah satu tips untuk Rumah tangga Bahagia adalah bergaduh? i do think so. why? sebab time tu lah semua ketidakpuasan hati dibicarakan dengan telus tiada rahsia, menggalakkan suami dan isteri berkomunikasi and mencapai satu kata sepakat what do's and don'ts. Ini menyebabkan hubungan suami isteri semakin rapat,, yela time 'silent treatment' tu la baru sedar betapa sayangnya kita pada pasangan..supaya kita tak take for granted terhadap pasangan.. kan kan kan? Barulah hidup bahagia hingga ke syurga..cheh, ayu bercakap macam la ayu dah kawin hahaha...takpa logic theory ma,, emm tapi kan theory tak semestinya sama bila menghadapi alam rumahtangga yang betul-betul kan..what say you, my lovely readers? 



Wednesday, June 12, 2013

5 Sarung bantal yang Gila kreatif!!

 Tidur pun seronok kalau macam ni..pasti time tidur terasa cumil,, lagi-lagi yang dah ada pasangan sebantal hehe. kreatif sungguh! Mana nak cari ah sarung bantal kreatif macam ni kat Malaysia? Jum cuci- cuci mata tengok 5 sarung bantal yang kreatif ni!.


ahaha comel tul

nice...love this

simple yet so cute!

this one yang paling menarik perhatian ayu hehe


ahaha nice..kena tegak je tidur lau macam ni,, kalau ayu xboleh lah..bangun pagi bantal entah kemana...oppss rahsiaku!

hehe


Friday, June 7, 2013

Gambar baby Irine Nadia Marcello : iee comel!!

gambar baby irine nadia marcello blogger

whoaa tak sangka masa cepat berlalu. dulu-dulu suka stalk blog Irine Nadia Marcello dari dia dara sunti, sampai dia kawin sampai sekarang dah melahirkan baby comel. ala tomel-tomel. Irine Nadia Marcello, blogger terkenal telah selamat melahirkan baby girl pada hari hari istimewa Israk dan Mikraj, 6.6.2013 pada jam 2.46pm. comel tul muka baby girl irine nadia sebab chinese look, look at her eyes..sepet kan..patutpun time baca entry blog irine haritu dah agak dah Irine akan dapat baby girl ... why? sila tengok gambar di bawah...

gambar baby irine nadia marcello
 gambar kelengkapan irine nak bawa pegi hospital warna pink, very sweet untuk baby girl..cute!
tak sabar nak tengok baby irine dan besar..mesti comel..aww


p/s: pasangan cantik lebih cenderung dapat anak perempuan..believe it or not? baca sini.




Thursday, June 6, 2013

My sister is my friend!

Waktu cuti sekolah selalunya busy dengan undangan majlis perkahwinan. kadang-kadang rasa bersalah bila tak dapat pergi kenduri kahwin kawan zaman university yang gila-gila, sama-sama ponteng lecture class gara-gara lapar nak makan tengah hari (oh biarla i nak klmj sekejap ngee), gara-gara anak saudara ayah kahwin pada tarikh yang sama..huhu ampunkan gue ya..hanya mampu mendoakan kebahagiaan kawan hingga ke syurga... :) time cuti la penjagaan diri dan kecantikan dijaga pada tahap tiptop, dari hujung rambut ke hujung kaki..tiada istilah selekeh..hihi setuju? :p lama dah tak menggedik, so hari ni nak tepek muka sendiri di belog mak sendiri...ko hado? hehe...she's my litte sister but we are friends.. :)




ok dah puass menggedik...jomm tido. hewhewhew

p/s: baju lace top black cantik from Iprincess boutique.. ;)



Wednesday, June 5, 2013

5 gambar Leuniey natasha cantik berhijab

Isteri Apek Khairul Fahmi Che Mat sangat-sangat gojes, lagi-lagi dah mengenakan hijab sepenuhnya. adui comel. Memang suka kat Leuniey Natasha dari dulu lagi, i love her skin. mulus cantik putih gebu. Beruntungnya apek. Ayu doakan dorang cepat-cepat dapat baby and i bet the will get a baby girl..cheyy macam peramal la pulak.. :p
leuniey natasha berhijab


leuniey natasha terkini



comel Leuniey natasha ni kan?? i really adore her beauty.. ;)





Sunday, June 2, 2013

Izzue Islam "sebenarnya aku isteri dia" sah suami awin nurin!!


"Sebenarnya aku isteri dia" - ini mungkin diungkapkan oleh Awin Nurin setelah Izzue Islam sah menjadi suaminya dengan sekali lafaz akad. Majlis ijabkabul diadakan di Dewan Shah Alam N'dah, Selangor.  Barakallahufiq.. mesti ramai peminat-peminat drama Sebenarnya Aku Isteri Dia sedih dalam bahagia tengok hero drama  ni tie the knot dengan gadis pilihan hatinya..hehe, doakan kebahagian mereka sampai ke syurga ek korang..jum layan 9 gambar Izzue Islam nikah Awin Nurin. Nampak segak bergaya dan cantik berseri pasangan ini dalam persalinan baju nikah rona putih kan kan?

gambar izzue islam nikah
comelnya Izzue Islam ni tapi dah orang punya hiak hiak

izzue islam sebenarnya aku isteri dia

sempat pose lagi



sama cantik sama padan..


semoga bahagia ke akhir hayat

mas kahwin dinar emas
Izzue Islam menyerahkan mas kahwin sebanyak 11 dinar
serta hantaran wang hantaran sebanyak RM 11, 111, 11. whoa nice number..
apa-apaun jangan menangis eh korang ha ha ha.

p/s: gadis-gadis yang minat izzue islam..sorry lerr..korang dah melepas!! hehe 


pic credit: malaysiandigest