Sunday, March 31, 2013

Anak lahir 310313 - aww comelnyaa!

Cantik tarikh lahir....Welcoming the first cheekies's baby. comelkan anak my best best friend..geram, baby nampak sihat...seronoknya dah ada anak sendiri, congratulations izzatul for your first born baby. Why did I mentioned cheekies? siapa cheekies ni? mesti korang dah misses entry ni.cheekies, I miss all of you!.terimbau kenangan entri lama..macam baru sekejap je pergi kenduri kahwin, dah dapat baby. cepatnya masa berlalu kan..

owh by the way, ini gambar anak ayu raudah dan zaquan adha..alo comel-comel..tahniah!


rasanya penghujung bulan ni entri berkait apat dengan baby je..macam terserlah pulak sifat keibuan mak.. hahaha..please jangan muntah! hihi


p/s: menunggu lelaki yang cukup berani datang meminang..semua pengecut da...

pic credit: beautiful nara


Friday, March 29, 2013

Anak Irma Hasmie dan redza Shah - It's a baby boy!


gambar baby boy Irma hasmie dan redza shah yang comel. Irma Hasmie telah melahirkan baby boy..alolo comelnya...comelnya Irma kat sini,..terpancar sinar kegembiraan mereka menyambut kelahiran anak sulung yang ditunggu-tunggu semua orang. yelah..perfect and romantik couple in malaysia, semua nak ikut jejak khannnn. 


alaa comelnya klinik bersalin ni..Its a boy :)

alahai..comelnya irma and baby 

belum nampak ikut muka Irma or redza,, kalau boy macam bapak dia kuttt.. apa-apapun, congratulations atas kelahiran baby boy yang cumil..sonoknya ada baby sendiri..

maca baru sekejap je dorang berkahwin kan..cepatnya masa berlalu. . .

pic cedit: twitter suami irma redza shah :)
dan facebook oh media page

Thursday, March 28, 2013

Segmen bloglist blogFynadotcom

wah...terasa lama tak online, tak update blog. cuti terasa busy..hewhewhew. Tak apa, keep calm and just Blogging ..ngee. Alang-alang jom join sekali segmen bloglist blog Fyna..segmen ni mudah je:


syarat-syarat penyertaan:
1. Buat satu entri bertajuk "Segmen Bloglist Blogfyna"
2. Copy banner dan linkkan ke entri segmen blogfyna
3. Letak blog Fyna ke dalam bloglist korang ( yang ni win-win situation ok..)
4. pencaian bloglist sebanyak mungkin ( boleh blogwalking sekali)
5. Add Google + Fyna dan like Fan page Blogfyna
6. Jom join group Crew Blogger Malaysia
7. Tinggalkan url entri segmen di ruang komen.

Segmen ini bermula pada 12.00 am 25/03/2013 sehingga 11.59pm 31/03/2013

Untuk maklumat lanjut berkenaan segmen ini sila klik disini..the more the merrier :)

p/s: lama pulak tak join segmen weh..hehe..



Tuesday, March 26, 2013

Nick D'Aloisio : Remaja 17 tahun multimillionnaire!


Siapa sangka dunia Nick D'Aloisio berubah sekelip mata. Remaja berusia 17 tahun ini baru sahaja menjana 30 million dengan menjual applikasi Summly kepada Yahoo. memang Yahoo lah dia sekarang. Aplikasi summly ini merupakan satu software yang boleh meringkaskan isi kandungan berita, cerita dan berupa mesra pengguna khususnya kepada pengguna Iphone dan smartphones. tabik spring lah!! Nick pun tidak pernah menyangka semuanya, menurutnya "I honestly never expected any of this happen. I started doing it as a hobby and I didnt realise it was possible to make money out of it." Summly yang telah dilancarkan pada November 2012, telah memenangi salah satu Anugerah aplikasi terbaik Apple untuk tahun 2012. 

Siapa sangaka idea hingga terciptanya aplikasi Summly adalah bermula semasa membuat ulangkaji untuk peperiksaannya, dan beliau berasa kecewa serta merasakan usahanya hanyalah membuang masa dan tidak efisien kerana perlu membaca kesemua artikel dalam carian. Dengan itu lahirnya idea menggunakan fungsi algorithm untuk meringkaskan hasil carian di dalam carian secara automatik. daripada artikel panjang boleh diringkaskan dan dipendekkan. amat menarik! wow, genius nya budak ni!!..he is the next generation of programmer..

Tiba-tiba teringat back time in universiti dulu time nak buat assignment.. dah lah masa suntuk nak baca artikel banyak belum pasti lagi key point ada..kita pun pernah rasa time zaman university dulu kan? bila google benda yang diingini kandungan berulang dalam carian and last-last letih, baca entah ke mana, duduk depan laptop buang masa. hehe, kerja pun tertangguh esoknya carik and godek journal lagi..hopefully this application will help people in the world, students especially. Namun, rasanya application Summly Nick D'aloisio seperti ini akan membuatkan pelajar kurang menggunakan fungsi otak untuk merumuskan artikel dan mencari isi penting. tak gitu? what say you? 

article coutesy-guardian.co.ukmirror.co.uk

Hello Kitty : i love it, do you? aww comelnya


 konon-kononnya berjiwa keanak-anakan la kut minat Hello Kitty. hihi, ada aku kesah? kalau boleh semua nak pink, semuanya nak hello kitty. bolehla perasan comel lagi, feeling-feeling belasan tahun padahal 4 years ahead nak capai 3 series. omaiiigadd..ada aku pedulik? hihi jum buat peminat-peminat hello kitty di luar sana or maybe your girlfriend sukakan hello kitty,, jum kamoo cuci mata tenangkan jiwa tengok Hello kitty ni, eh?

alolo comelnya..ni gambar bilik anak erra fazira aleesya..secomel empunya nama and diri.
super like!


mana nak dapat beg begini? cool moustache hello kitty..

alalala comelnya this hello kitty bus..soo pink!

wow!! i want this bedroom..simple but @_@

nak makan pun sayang.. 




dengar-dengar ada Hello Kitty town di Nusajaya, Johor
betul eh?? siapa dah pernah pergi? boleh tahu berapa price masuk hello Kitty town ni? berbaloi tak?comelnyaaaa.... i wish i will be there one day...




Sunday, March 24, 2013

Gambar Fazura terbaru : makin cantik dia ni, lawa!!

One word! Fabulous Fazura. . cantiknya fazura, dia tetap puteri dihatiku hehe minat sejak Gol and Gincu lagi..sekarang makin cantik dan lawa. isn't she looks like a princess? gaya elegant, presentable and nampak "mahal"...setuju? angkat kening masing-masing. I love her hair,, how adorable..memang maintain, mana-mana gambar pun dia cantik, kena tag orang kat twitter pun cantik, lahh memang orang cantik macam manapun tetap cantik. Jum lah,, layan gambar Fazura owner House of Dolls boutique nih..hmm cantik with brain, pandai buat duit lagi..memang cukup pakej!


gambar fazura yang lawa



Dengar-dengar Fazura akan bergandingan dengan Shaheizy Sam dalam drama Kisah Cinta dalam slot lestary  di tv3 pada bulan April nanti. it's coming soon, dijadualkan akan ditayangkan pada hari selasa, 9 malam bermula 2 April 2013 kelak. Kita tunggu sama-sama nanti k. pasti i melekat kat depan televisyen hehe.


aww cantiknya Fazura

elegant fazura as always menambat hatiku.


ok, I'm her biggest fans..kalau lah dia tahu..huhu. 
Lawa-lawa kan gambar Fazura terbaru
Gambar Fazura yang lawa ni pun menarik jugak..
nak tengok Fazura live boleh tak? huhu







Friday, March 22, 2013

Random : Jodoh, ajal, maut dan cuti. eh?


lamanya tak update! been busy satu minggu ni. semakin nak cuti semakin banyak kerja mendatang. makin dibuat, macam semakin banyak tidak pandai surut-surut kerja ku ini. fening kepala gue. rasanya 24 jam dah tak relevan, satu badan macam nak dipotong kecil-kecil supaya dapat uruskan macam-macam. Dengan nak urus pendaftaran pelajar SPM, dengan nak buat pemilihan ke pertandingan kadet bomba, dengan analisis disebabkan SPM result nak keluar, dengan nak semak kertas exam, SNS, item analisis, and the lists is going down. boleh sakit makkk kalau macam ni. Rehat kagak cukup dech. Sabo je lah.

Jodoh, ajal, maut di tangan tuhan. This morning got sad news daripada family, suami kazen terdekat meninggal dunia. and i was like, cannot believe it. sebab? suami dia muda. Just 27 tahun ni, sama umur dengan ayu. ajal tidak kenal berapa umur kita, tua atau muda. masih terkenang-kenang lagi wajah arwah and their happy family waktu kenduri cousin's kahwin bulan 1 yang lepas. I just wonder how my cousin's feelings right now. Siapa sangka suami yang disayangi sepenuh hati meniggalkannya dalam sekelip mata? I don't think that I'm too strong kalau diduga sebegitu rupa.  Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. 

Kadang-kadang kita kena sedar, at some weakest point of life, kita mungkin merasa betapa besarnya dugaan yang kita hadapi, namun kadang-kadang kita alpa ada orang diuji dengan dugaan yang Maha hebat daripada kita. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. amiin.






Tuesday, March 19, 2013

Buat duit online dengan Exabytes- cek pertamaku!


buat duit online dengan blog

Minggu lepas ayu dapat satu inbox dari one of my facebook friends, yang bertanyakan samada betul atau tak kita boleh buat duit dengan blog? sebab dia tak percaya pun. Bagi ayu, yes, blog memberi pulangan maksudnya boleh menjana duit online tanpa modal. Kenapa? sebab saya sendiri pernah menerima duit online hasil berblogging, terima cheque pertama daripada Nuffnag, dapat income online bila daftar sini  yes, tiada modal diperlukan, sign up blogspot free jer. modal hanyalah penulisan dan idea yang korang kongsikan dengan readers. Please be genuine and no copy paste ok. ayu akan kongsikan tips dari semasa ke semasa, so keep on reading okeyy..

So, ayu dah try membuat iklan dengan exabytes kontrak selama 3 bulan..and here is the check..alaaa...sikit sejemput je satu hari pun boleh habis amount tu. ye betul. tapi siapa nak bagi duit free? adalah jugak hasil menuai dengan blog pinkbubblegumprincess.blogspot.com ni kan.. hohoho.. so, inilah check pertamaku dengan pihak Exabytes..thank you for the opportunities :)

buat duit dengan exabytes

buat apa baca saja,, sign up account terus baru boleh judge kata-kataku ini palsu or sebaliknya.. ;)


goodnite LittleLovers! Onlinelah dengan bijak! Harus menyelam sambil minum air..
Think about it internet junkie like me ;p






Monday, March 18, 2013

Biar betul -gelagat comel dan kelakar kucing untuk Monday Blues korang!

Oh noooo it's monday again. Memang monday blues tidak boleh dihindari sebegitu saja.. weekend yang sebanyak dua hari rasanya bagai tak cukup. semuanya kembali kepada rutin harian...bekerja. Tak payah nak monday blue sangatlah! jum ubati penyakit monday blues dengan beberapa gelagat comel dan kelakar kucing- kucing yang comel ini :)


macam kita jugak,, susah betul nak bangun pagi hari isnin..sedihnya lahai hati ni jela yang tahu!

oh ini sudah tahap monday blues yang melampau!

terkejut, pagi-pagi lagi kerja banyak berlonggok atas meja.
 kerja tak pandai habis daa :')

in split second, endless "what If" plays in your mind.
'What if' duit turun je dari langit and the lists goes on..merapu la my thoughts!

walau bagaimanapun hati ini tetap pasrah dan reda 

akan ku tempuhi jua Monday dengan tabah!!

Monday Blues not so bad actually. ok, statement hipokrit. :p



Sunday, March 17, 2013

True Love. :')

Does true love exist?

as in movies, the love stories is script-written perfectly 

true love gives real meaning to us :')

love the way they are







true love just give meaning to our and touch our hearts

a true soul mate are neither any special people with some out of the world qualities nor a perfect partner with a tag of awesomeness. They are just an ordinary people with an extraordinary passion to make make a relationship work, despite the odds, despite the complications, despite all the imperfections in life.  

wish we could have one before we die.. :')













Thursday, March 14, 2013

7 Gambar comel Farah Lee berkonvo!

Comelnya Farah Lee berkain batik konvo di Inha University, Korea. Identiti anak Malaysia tetap terpelihara walaupun konvo di bumi korea. Gambar konvo pun comel! i loike..eh chop! jap, siapa Farah lee ni eh? isteri Ally Iskandar la cheq habaq mai...hehe Jum layan santai...
siapa farah lee
cute pulak amik gambar konvo macam ni kan..

gambar farah lee comel konvo di inha university
berkain batik..gadis bertudung merah ini comel!

gambar ally iskandar dan farah le

comelnya gambar ally iskandar dan Farah lee

romantic couple ally iskandar and Farah Lee.. cute!


dudok kat korea dah macam muka orang korea lah pulak Farah lee ni kan.
hehe comel macam kak ton tak?? hehe

tetiba ingat ngan iklan kak ton yang selalu keluar kat tv3 tu..hheehe comey kak ton. :)

pic courtesy: Farah lee page
like cepat-cepat...! ngeee

Tuesday, March 12, 2013

11 Koleksi Mug comel dan Kreatif!


Siapa ada hobi kumpul mug comel dan kretaif? mana nak carik mug macam ni dekat Malaysia,, ada ka? ini antara koleksi yang dijumpai di laman google, mr-knows-everything teww... so jum layan 11 Koleksi Mug comel dan kreatif! aww..like banyak-banyak.

comel.. mug untuk gamer boy

lego mug...hurm boleh masuk legoland ni.. :p

nice creative mug..

boleh tulis memo lagi..bagus letak di meja kerja ni..

aww cutenya...lense mug untuk photographer..bagi saya someone? :p

eww toilet look alike mug

yang ni untuk si pencinta binatang..comel gitew!

style berabiss mug ini..i loike!

mug yang ada mood 

dapat letak cookies lagi..nice one!

oh last but not least..buat yang suka kenakan orang..
Mug ini paling menang! eww konform orang terkejut di titisan terakhir minumannya ha ha ha!

mana satu korang paling suka?