Friday, January 25, 2013

Kontroversi Liyana Jasmay (Gambar pra-perkahwinan tersebar)

kontroversi gambar pra perkahwinan Liyana Jasmay dan tunang
Hidup artis tanpa dilanda kontroversi panas memang tidak sah..walaupun tinggal kurang dari 14 hari lagi Liyana Jasmay hendak diijabkabulkan dan bergelar isteri kepada Fathuddin Mazlan, 28 seorang ahli perniagaan. Detik bahagia yang dinanti-natikan adalah pada 2 Februari depan. Gambar pre-wedding mereka telah menjadi kontroversi, dikritik ramai dengan tersesebarnya aksi mesra merpati sejoli ini.

Ternyata ibu Liyana Jasmay kesal dengan gambar romantik Liyana Jasmay dan tunang telah tersebar. Perasaan kesalnya telah diluahkan di dalam akhbar Sinar Harian..dan lebih terkejut apabila terdapat kenyataan balas daripada Saiful Nang mengenai isu gambar pra-perkahwinan Liyana Jasmay tersebut. Saiful Nang adalah Pengasas Candid Syndrome, pasukan yang mengambil gambar pre-wedding beliau..panas jugak gosip panas ni. Tak menyebelahi mana-mana pihak..Suka Liyana Jasmay sebagai artis yang santai je berlakon dan lakonan sampai ke hati..Saiful Nang pulak photographer yang amat ayu kagumi, cantik-cantik gambar kahwin dia ambik..hurm..diharap kontroversi berkenaan gambar pra perkahwinan Liyana Jasmay ini tidak berlarutan, berilah peluang untuk beliau fokus dalam persiapan hari bahagianya nanti. "Tiada insan suci yang tiada masa lampau, dan tiada insan berdosa tidak mempunyai masa depan.." eh tetiba feeling drama Setia Hujung Nyawa pulak.. peace no war.. :)

sumber: Sinar Harian




2 comments:

  1. kritik atau bagi pandangan yg lebih membina semoga pasangan ini menemui jalan bercahaya...next time kita semua pun kena berhati-hati, betul tak?

    ReplyDelete
  2. ya harap semua dapat amik pengajaran dari peristiwa itu

    Btw jom join Contest yang sangat mudah kat SINI dan menangi wang tunai segera.

    ReplyDelete