Thursday, May 31, 2012

My Hello Kitty day!!

Cuti sekolah sungguh membosankan?? lepas ini tidak lagi hehe
time cuti ni la kita meng'optimumkan' penjagaan diri, wajah dan body 
contohnya belaian untuk wajah
dengan
HELLO KITTY mask ini...

alololo sungguh comel Hello Kitty mask ini..
beli sebab i loveeeee Hello Kitty much much hehe..


Dalam cuaca panas, pakai mask rasa sejuk dan tenang memang Perfecto! rasa diri dimanja,,padahal sebelum ni kadang-kadang skip pakai mask sebab bz..ah alasan sungguh! Bau Hello Kitty mask ini pun sedap and wangi macam bau Hazeline Snow..Ingat lagi Hazeline Snow? yang kita pakai waktu kecik-kecik dulu hehe waktu pakai mask terus feeling-feeling masih kecik and rasa comel. actually i love everything which reminds me of my childhood time..if i could buy the time machine kan...i want one! hehe opps out of the topic sekejap.



lepas pakai mask skin pun feeling fresh and supple..
love it!

owh i wore Hello Kitty sunglasses..feeling cute de..aww @_@

-i love my Hello Kitty Day, do u? hehe-


Wednesday, May 30, 2012

Tips hilangkan rasa bosan.


1. Open google translate.
2. Enter this: pv zk bschk pv zk pv bschk zk pv zk bschk pv zk pv bschk zk bschk pv bschk bschk pv kkkkkkkkkk bschk bschk bschk pv zk bschk pv zk pv bschk zk pv zk bschk pv zk pv bschk zk bschk pv bschk bschk pv kkkkkkkkkk bschk bschk bschk pv zk bschk pv zk pv bschk zk pv zk bschk pv zk pv bschk zk bschk pv bschk bschk pv kkkkkkkkkk bschk bschk bschk pv zk bschk pv zk pv bschk zk pv zk bschk pv zk pv bschk zk bschk pv bschk bschk pv kkkkkkkkkk bschk bschk bschk pv zk bschk pv zk pv bschk zk pv zk bschk pv zk pv bschk zk bschk pv bschk bschk pv kkkkkkkkkk bschk bschk bschk

3. Set the form language to German
4. Listen (audio)


cooool beatbox style!
wat say you?? =)



Monday, May 28, 2012

Perlu ke Beauty awareness since young age?

Beauty awareness. Berapa ramai ibu bapa yang concern tentang beauty awareness di kalangan anak-anak mereka, especially yang mempunyai anak gadis. Bukan tujuan untuk mengongkong atau menyekat anak-anak tapi untuk tujuan kebaikan mereka sendiri secara amnya..

Ingin kelihatan cantik adalah desire semua orang. Heyy siapa tak nak cantik,yer tak? Bukan untuk show off pada orang lain tapi kepuasan untuk diri sendiri. Beauty awareness tentang penampilan diri perlu ditanam diperingkat awal remaja, disaat mereka mula membentuk identiti sendiri, membentuk imej, feeling secure tentang penampilan diri and self-confidence. Peranan keluarga amat penting untuk membentuk mereka sejak awal. Frankly speaking, pernah atau tidak ibu bapa atau keluarga menegur penampilan anda? mungkinkah penampilan anda selekeh, badan berbau masam, gigi kuning, bentuk badan agak gempal, atau mungkin kah seperti gambar di bawah?


cantik..Tapi ketiak berbulu!!! eww..oh HELL NO!

ok,sambung. di situlah peranan keluarga, you as parents atau siblings untuk menegur. yes, perlu tegur! actually di rumah saya ada panel untuk check saiz bentuk badan.Lol! Yeap, my late granny, akan tegur terus, ON The Spot, kalau badan adik saya naik and gempal even sedikit. and ini diwarisi oleh anaknya, iaitu ayah saya akan kawal pemakanan adik saya (why not me? sebab badan saya kekal begini even saya makan banyak pun takdak effect hehe ;P)..that's why lah kami pun menjadi sama saiz seperti ini...

Girls Generation!
sama saiz betis dan peha kami weyh,,,ahhh tolonglah!! menyampah mak. perasan sunggoh :p

ayu lebih suka family tegur atau perasan the abnormalities dalam penampilan kita daripada orang lain yang tegur..sunggoh malu u'ollss..kalau tak diajar tentang Beauty awareness sejak kecil, makan tak hengat dunia, bila besar baru sedar "societal norm" yang dah set mind kita yang kalau kurus itu cantik- then kau yang gempal terusss nak diet bagai, minum teh herba untuk kurus sampai tercirit jam 2, 3 pagi, berbaloi? That's why pentingnya beauty awareness at the young age to build a security blanket supaya berasa lebih yakin dengan penampilan diri. Bila yakin dengan diri, anda akan rasa cantik sentiasa and will never ever compare diri and rasa down gila bila tengok gadis lain. :') Tapi jangan lah sampai umur masih 9 tahun dah diet bagai nak rak..weii itu peringkat perkembangan fizikal dan otak budak...agak-agaklah sikit yer..nanti saiz kemetot serta dungu pulak, sapa yang susah?? mereka dan keluarga mereka jugak..

so, Perlu ke adanya Beauty Awareness since young age ini?
think about it earthlings... =)


Sunday, May 27, 2012

Aiskrim Milo buatan sendiri!



kalau layan Facebook status semua kata panas! 
ada yang cakap mandi 4 kali sehari pun ada akibat cuaca panas..
tak kira di Semenanjung, Sabah atau Sarawak..semua cakap panas...

Kira 1Malaysia panas lah kan??

Jum layan Aiskrim buatan sendiri,
hanya bancuh milo pekat2 jer..dah sejuk makan dengan lahapnya
 habiss boleh buat lagi,,sure cuaca panas tak terasa! lol 

Siapa peminat Milo tegar sila angkat tangan macam Ucop Wilcha...hehe

Friday, May 25, 2012

Siblings Jealousy.



Berada dalam adik beradik yang semuaaaanya perempuan bukan mudah.  Don’t u ever think kalau semua adik beradik perempuan semuanya elok belaka. Kehidupan manis-manis semuanya, tiada pergaduhan, tiada perbandingan, apatah lagi jealousy antara satu sama lain. Well, the so called not-so-perfect life makes us human, a normal people with normal life. No one like flaws in their life, right?

Ladies, have u ever been in sibling’s jealousy? Rasa jealous dengan adik beradik yang mungkin lagi pandai? Kalau keluar result UPSR, PMR and SPM, terus dibanding-bandingkan. Kalau result paling teruk dalam family, terus down giler and terus put on assumption akulah anak mum and dad yang paling lembap and bodoh. hue =.=’’.
Sibling’s jealousy sebab adik lagi lawa? kecantikan adik beradik lain yang lebih terserlah? Sampai kawan or mum sendiri yang puji adik beradik cantik but tak pernah puji u even once? Or mengalami masalah kulit or jerawat yang teruk, padahal adik beradik lain berkulit licin bak telur dikupas? Then you feel like dying, why me? Why not them?

Atau rasa jeles bila mum and dad lebih-lebihkan adik beradik lain berbanding you. Or when adik beradik lain lagi rajin buat kerja rumah, mengemas, cuci baju, pandai masak, ratu hias rumah sampai mak and bapak buji melambung sampai u rasa annoying yang teramat sangat? Perasaan dibanding-bandingkan membuatkan rasa jealous yang mendalam and memberontak. Then mula la mengomel Anak Emas lah katakan..terus cop diri di anak tirikan oleh ibu bapa sendiri and feel bad. =.=’’
Yeap, I’ve been in sibling’s jealousy. I never have before, but when I’m big enough, dah kerja, semua tanggung sendiri..put me in sibling’s jealousy situation at some time. Hue..(yea.. I know I’m childish :p)

Its when we go shopping, mum and dad belanja adik-adik but not me. (not about the meal ya, I mean shopping… ) sometimes I don’t feel beloved anymore..not being  a centre of attention anymore by mum and dad. Its all about my little sisters all the time..(ayu ngada-ngada nak manja-manja :p).
I jealous bila mum and dad belikan handphone lagi cantik and latest, laptop lagi mahal dari yang pernah dorang belikan untuk ayu. Or belian kali kedua untuk adik-adik sebab rosak, padahal zaman ayu dulu cermat gila jaga barang and even rosak sekalipun (actually handphone hilang hehe) I beli guna duit sendiri!! Ini tidak adil-tidak adil bagikuuuu…kata Yuna. Then bila mum and dad belikan apa saja yang diminta adik-beradik minta, which I think it’s sooo impractical or ridiculous, yes I mengaku I jeles sebab permintaan mereka dipenuhi..ok I’m human, not so perfect, jeles dengan adik sendiri..T.T

But percayalah sibling’s jealousy perlu diatasi. It gives bad effects dengan siblings relationship. Very bad if not solve. Kalau bawa sampai besar lagi teruk. How to prevent sibling’s jealousy? Hmm..kuatkan hati and ingat..ini masa mereka. Mungkin juga adik adik pernah jeles bila mum and dad gives you so much attention at your time before? Hati mereka pernah u tahu? Tak.
And more important, be a big girl and have positive mind. Maybe your mum and dad believe that u are independent enough to take care of yourself. Ladies, that is more than what you asking for..right?



p/s: sekian entri ayu yang terpanjang hehe =)



Wednesday, May 23, 2012

terkejut!! Subhanallah cantik betul mak Neelofa.



bila first time tengok gambar ni sempena pengenalan 
produk Bellavitta oleh Neelofa dan keluarga
dalam benak fikiran i
"yang tengah tu mesti mak Neelofa, sambil diapit oleh Neelofa dan kakaknya"
#my thoughts lah kan...

sekali browse through comment orang terkejut!!
rupanya
mak dia yang kiri tu....

Subhanallah..cantik and rupa masih nampak muda.
lawanya mak neelofa.


memang kecantikan warisan turun temurun kott alahai bertuah badan..
rahsia kecantikan? hmm produk Bellavitta lah kot..huhu


p/s: mesti awal2 perlu ada kesedaran penjagaan diri dari segi kecantikan wajah dan bentuk badan sejak sekarang! sebab saya berazam nak jadi mama lawa jugak untuk si kecil saya...
amboii kau, kawin pun belum lagii!!

oh, sila down bersama saya :'(  hehe






Monday, May 21, 2012

motivasi awal pagi.





p/s: be strong be strong now..
too many too many problems 
this isnt where i belong... ='(


Sunday, May 20, 2012

BE baru made my day!!!


whoaaaa...hari panas cuaca panas..tapi iklan BE Nuffnang yang baru buat hati ayu sejukk hari ni..
baru lah happy selepas semalam my dear lappy xbleh connect pun ngan internet selama satu hari!..
pakai cable cnnect stremyx xboleyh, wifi pun sama..
padahal connect pakai handphone boleh pulak..
macam nak gilarasanya and i'm like dying yesterday...
sebab connect to MY WORLD ------> internet!

betul2 ni xtipu..wlaupun boleh connect via handphone..
tapi x puas..nak lappy jugak!! huhu =.=''

last2 pagi2 bangun awal terus hantar encik lappy ke kedai
and reformat..biarlah duit melayang asalkan
dunia internet ku ada...miahaha =D

baru ada senyum..
lagi tambah senyum lepas nampak 
iklan BE Nuffnang 
TM Kaki Bola Sponsorship dan
RHB Now : The Awesome 3


manyak gerek seyhhhh!!

p/s: congratz my boyfriend, Hafiz AF sebab menang SuperMania malam tadi...
hahaha terguling manja dan kemalu-maluan sebab dengan tak malunya mengaku jadi gf Hafiz! Lol!




Saturday, May 19, 2012

Adoii kelakar!! masalahnya Sanggup ke?


naik kejang dan tergeliat usus perut tengok gambar tandas aka toilet camni..
very funny..ada jugak eh?

watpa la fungsi pintu toilet tu?? baik takyah...and open, and bagi FREE show jer terus... LOl

senak perut aku...


kalau korang dah tak tahan la sangat nak membuang aka cirit birit tahap cipan,,
Anda Sanggup tak??





Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru to me!


Siapa kata jadi cikgu hanya kerja dari 7 jam sehari? then goyang-goyang kaki tunggu masa mengajar serta buat gosip-gosip liar di kantin saje? haha.. orang yang tak jadi cikgu asyik cakap kerja senang..mereka hanya nampak cuti cikgu jer..nampak bonus then pandaii mohon share :p .

kehidupan guru bukan sekadar mengajar, tapi kehidupan melibatkan komuniti sekolah itu sekaligus..sebagai contoh, untuk sekolah di kawasan pedalaman khasnya..guru itulah kawan, guru jugalah mcm ibubapa, kaunselor, nurse (kalau budak cedera cikgu jugak yang urus, budak pengsan cikgu jugak tukang urut), tukang penyiasat (kalau ada kes kecurian berlaku di asrama), motivator and tukang kongsi rasa dengan budak-budak serta buat-buat kental dan tahan bila ada perkara yang menyentuh perasaan. Ini semua pengalaman peribadi saya sendiri..

I Love teaching, yes i do..i love entertain pelajar dalam kelas..walapun kelas hujung mereka still ada potensi yang boleh digilap eventhough others think that they are Hopeless..tapi perasaan seronok akan ada bila apa yang diusahakan setahun dapat imbuhan seperti pencapaian subjek dalam peperiksaan awam meningkat!   Rasa berbaloi-baloi ingin terus bantu pelajar untuk capai result yang terbaik berdasarkan potensi yang ada pada mereka.. Yes, student don't know their potential..but teachers do. 

it's not present teachers want. tapi bila berjaya melahirkan generasi yang berguna pun merupakan anugerah yang paling indah buat guru..melihat kejayaan anak didik pun memadai buat cikgu-cikgu tersenyum bangga..

Cuba anda fikir apakah tinggalan anda bila anda tiada di dunia ini lagi? LEGASI..yes legasi adalah peninggalan anda untuk menjadi kenangan terindah di dalam hidup anda.

"Selamat Hari Guru 2012"

Lots of love,
Cikgu Ayu.


p/s: terima kasih cikgu yang pernah mengajar Ayu dari kecik sampai lah sekarang..thx a lot =)
happy teachers day to me. xrasa rupanya dah 3 tahun bergelar pendidik..and i love my job


Sunday, May 13, 2012

Buffered Earning Kimberly Clarke Kotex 2012

ada iklan Buffered Earning Kimberly Clarke Kotex 2012 tengah berlegar-legar lagi dalam Blog PinkBubblegumPrincess..memang ko suka main2 hide and seek dengan i yer Mr Nuffnag?
murah rezeki..kalau selalau dapat kan bagus =)
Btw Thanks Nuffnag...lain kali iklan lain pulak eh..


tapii boleh request tak Mr Nuffnag?? kalau boleh bagilah iklan kat Large Rectangle pulak..heee larikkk!


saya sudah..anda bila lagi?


Saturday, May 12, 2012

Mancho ker macam tu? hek eleh...

penat baru balik dari sekolah pun belum hilang lagi..(kami ada sekolah ganti!)
 drive hampir 1 jam ditengah hari memang menyiksakan jiwa..
(alaa satu jam ja pun...actually rasa hati malas betul mo balik..
but memikirkan my mum and dad ku gagahi jua... =.='' trip anak solehah ececeyy)

oh itu bukan persoalan utama...tapiiiiiii...hah dengar ini..
only in Malaysia ini terjadi! (macam lah ak pernah pergi negara lain? cett!)


on my way back,, saya stuck dibelakang sebuah kereta yang berhalaju 

Adoii...memang bersiar-siar tengok pemandangan cantik la si driver tu.
dah la perot gua dah berkrok-krok meminta belas ihsan untuk diisi
mata gua ngantok lagi!! memang bikin hati gua panas la dia ni!

nak kata pompuan drive lambat, driver kat depan tu lelaki. hisap rokok lagi tuu..
agak-agak la bro...
kasian la kat gua yang dah terbayang lauk pauk yang menyelerakan di rumah
perut makin lapar tunggu kereta u yang sopan bertatasusila di jalan tu bro..


"Gua nak cepat la weiii"
nak potong jalan kat sini memang jenis selekoh tajam..
and sempat pulak gua perhatikan kereta mamat tu..
ehem macho ya...tangan pegang rokok ya...santai2 depan gua ya..
tapii..

kenapa kereta ada gantung-gantung dadu, teddy bear, ada patung CJ 7  lagi,
APE CELOP Bro?

kata Macho Man...

walaweii...

naik fening kepala gua nengok patung2 tu senget ke sana senget ke sinun
seb baik dapat jugak potong mu Bro..
kalau tak..memang boleh 
jadi kenyang hangin satu bandan gua hari ni..


macam-macam dunia



Monday, May 7, 2012

Saya sudah ada pengganti.Do meet him.

 i love cats...do you?
kadang-kadang balik rumah semata-mata nak jenguk my cat..
rinduuuuuu....gomol2 and kiss them buat hilangkan stress kerja..
hurm..kerja sekarang walopon naik gaji, tp pening jugak kepala sentiasa menimbun mcm tak pernah habis..
eh tetiba ter'curhat' la pulak kat sini hehe, u'ollss oke kan??
weee~


Still Remember my post My beautiful cats. All died in a week? huhue sedih!
walaupun kuching saya yang comel ini pun sudah tiada..and kucing Ayu yang gemok penuh kegendutan ini pun meninggal..Comel tak comel?? click the link hokkeyy!


saya sudah ada pengganti :)
nama dia Hemsem.
and he is sooooo gendut!
kesayangan all my family members ni!
mana tak, bangun tdo jer terus kiss semua org..manja betul!
pandai memujuk kalau nak di kasi makan

sebab ko chomel lah i membuatkan mak pileh kasih nyeng!!



aww..miawww..



Saturday, May 5, 2012

Tahniah Awal dan Scha! Sah suami isteri [Gambar]

hurm keciwa betul last night?
kemain lagi awal mandi, kemas-kemaskan diri
konon-konon pergi kenduri la jugak tapi via tv la khannn..
over tak u' olls..? hihik

tapi hampa...semuanya palsu!! [sambel letak tangan di dahi]
ditangguh jam 12.30 tgah hari tadi..tapi disebabkan jiran lama datang ke rumah
jadi i pon sibuk,, tak sempat pun tengok Live streaming tu jugak..sob sob sob..

untuk pujuk hati..jum layan gambar pernikahan Awal ashaari dan Scha Al-Yahya..temanin gue yuk!

oh!! saya keciwa...Mr-Smart-Guy ini sudah berkahwin...oh my..nangis dulu..

aww sweet giler la Awal dan scha..

Semoga kekal hingga ke akhir hayat..

upacara pembatalan air sembahyang..pelamin akad nikah scha dan awal cantik sangat..

Cantiknya Scha kan..baju nikah scha cantik, mekap cantik what else?



Semoga perkahwinan Awal dan scha kekal hingga ke akhir hayat..
and jadi sweet couple dihati ayu selalu..and sama sama kita nantikan gambar anak scha al-yahya dan awal ashaari..mesti comel kan?

p/s: oh bytheway,,i nak ucap Selamat Pengantin Baru buat Fasha Sandha dan Jejai...Should-to-mention that Fasha Sandha look gorgeous dalam baju persandingannya..so sweet just like a princess!

cantik baju nikah fasha sandha

fasha sandha dalam busana nikah cantik 
dah jodoh..doa jer utk kebaikan k..

[p/s aku yang terpanjang ni lol!]

Friday, May 4, 2012

Awal dan Scha Nikah Malam Ni Live di astro Ria!!




Akhirnya...Awal ashaari kahwin jugak dengan Scha Al Yahya
Lamanya dah tunggu Schawal nikah..ingat lagi tak post dulu?
tercapai hasrat nak tengok Awal dan Scha naik pelamin!! aww shoo sweet!
so sweet la dorang ni..
romentik and i'm so jelesh! =.='' hee
so tonite, khas buat peminat Awal Ashaari dan Scha Al-yahya
jangan lupa saksikan pernikahan Scha dan Awal live streaming di Astro Ria..
sama-sama kita rasai detik-detik indah pernikahan mereka..


i'm so excited and tak sabar nak tengok!!
[macam la aku yang nak kawinn hihi]
sweet tak dorang..?
gambar ala American Classical punya theme kan..
really love the feeling..
memang patut pun Saiful Nang ni dikatakan sifu dalam bidang photography kat Malaysia kan?
hasil yang menarik dan the bomb! i love it!!
ni kira gambar pre-wedding Awal Ashaari dan Scha by Saiful Nang lah kan..



ni pulak gambar dorang waktu sidang Media pengumuman perkahwinan
Awal dan scha..ala sweet and lawanya..
dah berkali2 i puji oh :p

gambar Awal propose Scha live dalam program Propaganza, kira-kira 6 bulan lalu..
live on tv uolls..kau ade??..romentik giler..

jum layan gambar merpati sejoli ni
seorang lawa, sorang lagi kacak bergaya..padan banget!

cute!

 alaaaaa sooooooo SWEET!

Selamat pengantin Baru Awal ashaari dan Scha Al-Yahya..
semoga kekal hingga ke akhir hayat..Amiin

tak sabar la pulak nak tunngu anak-anak dorang...mesti comel! kan kan kan?



gambar credit from facebook Saiful nang dan facebook Schawal

Juga Menarik:







Wednesday, May 2, 2012

Damn true.



='(

no one wants a miserable complicated life..
but seems u are old enuf, u still have to face it.
everyone are striving hard for something
better for their lives.

Tuesday, May 1, 2012

Killer High Heels: Beauty and agony.



Killer high heels : lovely to see..it is perfect to show, not for go!

ya, i am killer high heels lover
but why i'm saying like tat?
[it's kinda sign of betrayal for high stiletto lovers! =.='']


how beauty your leg is when being put in those perfect high heels..but some said it is not worth it.
Killer heels do kill you in the end.


well, Behind every beauty thing, there's some kind of pain. - Bob Dylan.

woman always tend to look good, but worry the pain later.
woman risking their health wearing those ridiculous high heels
to look gorgeous and eye catching..(including me hehe)
urm enough said, extra height and confidence it gives to us are well worth!
isnt it, girl? agree?


i wear high heels nearly everyday..[during my workdays]
and now i'm suffer sore and tired feet. Ouch! Serve me right! =.=''

thin heels lovely to see but so not good practically..
and is it worth it just to attract admiring glances, but having a pain in the end?

i let you to think.




p/s: to be honest "i earn money to wear that..so sukahati la.." 
this sentences do kills me : p  matilaaa....



Siapa Wawa Zainal? Lawanya~

Siapa tak kenal Wawa Zainal
pelakon Bunga-bunga Syurga, Slot Zehra di Tv3..tengok tak tengok tak?

Nama Wawa Zainal makin meningkat naik sekarang....artis berlesung pipit cantik ini berasal dari Sabah, patut pon putih melepak kan...hehe...Wawa zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal merupakan anak ke-8 daripada sebelas orang adik beradik ini..sesungguhnya Wawa Zainal mempunyai pakej lengkap untuk menjadi aktress yang bakal mencipta nama satu hari nanti..
cantik comel menawan lawa seksi serta berbakat..all in ONE!

walau bagaimanapun, pelakon Cinta buat Emelda
 masih muda bergetah lagi..baru berusia 21 tahun..

Jom layan gambar Wawa zainal yang lawa lagi menawan ini...zaaaaS..


Wawa Zainal dah jadi Duta Lip Ice menggantikan Lisa Surihani..
Does it means dia semakin popular sekarang?



\
ada iras- iras fazura House of Dolls kan?


awww comel!! @_@

p/s: ayu suka rambut and dimple dia.......santik banget!