Sunday, November 27, 2011

Tak Nak Merokok Photo Contest : Hadiah bernilai RM2000 untuk dimenangi


Anda berbakat dan kreatif? ada kamera atau DSLR? Nak join pertandingan fotografi? andalah yang dimaksudkan...! kementerian Kesihatan telah melancarkan kempen untuk menangani gejala Merokok..Hadiah berbaloiiii ooo....bernilai hampir RM2000 untuk dimenangi.

erm terma dan syarat pertandingan:

TERMA DAN SYARAT

  1. Pertandingan ini di buka kepada semua warga Malaysia
  2. Pertandingan ini di buka dari tarikh 22 November 2011 sehingga 10 Desember 2011
  3. Setiap gambar haruslah menyampaikan mesej Tak Nak Merokok tanpa melibatkan sebarang rokok mahupun kotak rokok.
  4. Gambar yang hendak dipertandingkan mestilah tidak menyalahi tatasusila dan sensitiviti masyarakat Malaysia
  5. Setiap penyertaan akan dinilai bedasarkan 50% undian dan 50% dari pihak Kementerian Kesihatan
  6. Pihak kementerian tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau tuntutan untuk menyertai pertandingan ini
  7. Keputusan pertandingan adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan di layan
  8. Pihak kementerian mempunyai hak, mengikut budi bicara dan peserta bersetuju bahawa pihak kementerian boleh menggunakan semua nama, foto, dan maklumat penyertaan peserta/dan pemegang tanpa perlu mendapatkan apa-apa persetujuan atau tanpa apa-apa bayaran kepada peserta atau untuk tujuan publisiti, pengiklanan dagangan atau promosi dalam apa-apa media.
  9. Pihak Kementerian adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang telah dihantar oleh pihak peserta dan tidak boleh dipertanggujawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecatatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi kegagalan litar komunikasi, kemusnahan, virus dan sebagainya.
Semua foto, maklumat peribadi dan nama yang dihantar dalam Pertandingan ini, cap perkhidmatan, nama dagangan dan cap dagangan adalah harta kepunyaan Kementerian Kesihatan.


Jum ramai-ramai kta join pertandingan fotografi ini sebagai sumbagan kita untuk menyedarkan kepada orang tersayang yang kurang sedar tentang kesan buruk daripada aktiviti Merokok..Katakan Tidak pada Rokok dan Ya pada pertandingan Fotografi Katakan Tidak!


Biar muka hitam, jangan hitam paru-paru..Katakan Tidak pada Rokok! ingatlah orang tersayang... =)

No comments:

Post a Comment